suria

Nicki Minaj dituduh miliki barang terlarang, sempat buat ‘live’ ketika ditahan polis

Penahanan Nicki ditonton dengan ribuan pengikut Instagram miliknya.

PENYANYI rap Nicki Minaj terpaksa membatalkan konsertnya di Manchester selepas dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam pada Sabtu.

Pihak polis dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya menahan Nicki, 41, atas dakwaan memiliki dadah.

"Kami menahannya di lapangan terbang selepas dipercayai membawa bahan terlarang," kata wakil pihak berkuasa.

nic 1

Siaran langsung Nicki yang memaparkan wajah pegawai menahannya.

Bagaimanapun Nicki telah dibebaskan selepas disiasat dan penyanyi lagu Anaconda itu dikenakan denda sebelum dibenarkan menyambung penerbangannya ke United Kingdom.

Sementara itu, pihak penganjur konsert berkata Nicki sepatutnya mengadakan konsert di Manchester pada petang 25 Mei namun ia terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun konsert tersebut bakal diganti pada tarikh lain sehingga diberitahu kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nicki Minaj tak sedar baju terlucut sewaktu sedang menyanyi, baru tahu selepas video tular

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu ikutkan perasaan mahu kelihatan seksi, Nicki Minaj menyesal buat pembedahan plastik

Sebelum ini tular video penangkapan Nicki sambil penyanyi rap itu membuat siaran langsung di Instagram.

Dalam video tersebut, Nicki mempersoalkan mengenai penahanannya sebelum akur apabila diminta masuk ke dalam van polis.

Nicki dilaporkan di bawa ke sebuah balai polis berdekatan untuk disoal siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain