VOKALIS kumpulan Slank iaitu Kaka mendedahkan dia kini semakin serius menjalani hobi bercucuk tanam sehingga mampu memenuhi sebahagian besar keperluan makanan keluarganya daripada hasil kebun sendiri.Menurut laporan Kompas, Kaka mengusahakan tanah pertanian di kawasan Bogor, Indonesia, dan kini mampu mendapatkan bekalan makanan harian terus dari kebun miliknya sendiri. “Saya tanam sayur-sayuran untuk kegunaan harian. Sekarang ini kira-kira 80 peratus keperluan datang daripada kebun sendiri."Saya tidak beli beras. Pendek kata, makanan berkarbohidrat tidak perlu dibeli. Sayur tidak beli, kacang pun tidak beli. Semuanya dari kebun sendiri," katanya.Kaka tidak lagi membeli sayur-sayuran di pasar.Dalam pada itu, Kaka memberitahu hasil tanaman tersebut bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya bagi memenuhi keperluan keluarga.Kaka turut berkongsi bahawa kesihatannya bertambah baik sejak mengamalkan pemakanan berasaskan hasil tanaman sendiri yang ditanam tanpa terlalu bergantung pada baja kimia."Tidak dijual sebab hasilnya tidak terlalu banyak. Ia hanya untuk saya dan keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Buka baju atas pentas untuk elak badan masuk angin, Kaka Slank ikut pesan ibuARTIKEL BERKAITAN: Kim Hyun Joong tak kekok pegang cangkul, kongsi kehidupan sebagai petani"Apabila kita makan apa yang tumbuh di sekitar kita, entah bagaimana ia mempunyai hubungan dengan sistem pencernaan dan badan kita."Organisma dalam tanah itu seperti ada kaitan tersendiri. Alhamdulillah, saya rasa lebih sihat kerana hubungan tersebut," katanya.Untuk rekod, minat Kaka dalam bidang pertanian bermula sejak 2023 dan kini dia mengusahakan kawasan tanaman seluas kira-kira setengah hektar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!