suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon serik suntik ubat kurus, berminggu alami cirit-birit teruk

Mayim ambil suntikan dos paling rendah.

PELAKON Mayim Bialik mengakui serik mencuba ubat penurunan berat badan selepas mengalami kesan sampingan yang disifatkan memberikan pengalaman paling menyeksakan dalam hidupnya.

Pelakon berasal Amerika Syarikat ini berkata dengan satu suntikan dos rendah ubat tersebut sudah cukup membuatkan dia berdepan cirit-birit teruk, muntah, kekejangan perut dan dehidrasi sehingga memerlukan rawatan kecemasan.

Lebih mengejutkan, Mayim, 50, mengambil ubat itu bukan untuk menurunkan berat badan, sebaliknya bagi membantu merawat beberapa masalah kesihatan kronik yang dihidapinya.

Mayim serik ambil ubat kurus.

"Saya mengambil satu suntikan ubat sintetik pada dos paling rendah dan mengatakan saya mengalami kesan sampingan ringan," katanya.

Namun harapan bertukar mimpi ngeri apabila tubuhnya memberi reaksi luar jangka apabila dia tidak mampu menerima makanan dan minuman.

Dia turut berdepan rasa sakit seluruh badan serta perut yang terlalu kembung sehingga terpaksa mendapatkan rawatan akibat kehilangan banyak air dalam badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan kecantikan bertukar mimpi ngeri, wajah penyanyi melecur selepas lakukan laser

ARTIKEL BERKAITAN: Camila Cabello putus cinta, hubungan dengan kekasih jutawan berakhir

Katanya dia terseksa dengan keadaan tersebut berminggu-minggu walaupun sudah berhenti dari mengambil suntikan berkenaan.

"Dua hari pertama saya hanya mampu makan secawan nasi dan separuh pisang," ujarnya.

Serik dengan keadaan tersebut, dia kini berhati-hati dalam mengambil ubat untuk menguruskan berat badan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain