BEKAS anggota kumpulan AOA, Kwon Mina mendedahkan kehidupannya berubah secara drastik selepas mengalami kecederaan serius dipercayai akibat rawatan laser Shrink yang dijalaninya pada Januari lalu.Menerusi satu hantaran di media sosial, Mina meluahkan rasa takut dan tertekan apabila proses pemulihan wajahnya yang semakin perlahan meskipun sudah menjalani rawatan selama beberapa bulan. Lebih mengejutkan, penyanyi itu berkata dia masih berdepan risiko parut kekal selain perlu meneruskan rawatan untuk tempoh yang panjang.Keadaan wajah Mina yang masih belum pulih."Saya menerima rawatan secara konsisten dan keadaan saya jauh lebih baik berbanding Januari. Tetapi kebelakangan ini proses pemulihan semakin perlahan."Sejujurnya saya sangat takut," katanya.Mina turut memuat naik foto terkini keadaan kulit wajahnya yang terjejas akibat insiden berkenaan sehingga mengundang kebimbangan dalam kalangan peminat.Bukan sekadar menjejaskan kesihatan, Mina turut mendakwa kerjayanya menerima tamparan hebat apabila beberapa projek penggambaran dan pengiklanan terpaksa dibatalkan.ARTIKEL BERKAITAN: Camila Cabello putus cinta, hubungan dengan kekasih jutawan berakhirARTIKEL BERKAITAN: Heo Yi Jae dedah punca bersara, pelakon lelaki 'menggatal' ajak tidur sama... Terus hilang minat berlakonDia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah 74 juta won (RM230,000), selain kehilangan peluang kontrak lain bernilai antara 20 hingga 30 juta won (RM62,000 hingga RM93,000).Lebih menyedihkan, usahanya untuk mencari jalan penyelesaian dengan doktor berkenaan didakwa berakhir dengan tuduhan dia melakukan ugutan."Hidup saya berubah sepenuhnya dalam sekelip mata," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!