suria

Kim Soo Hyun nampak makin kurus tak bermaya, didakwa sedang berdepan masalah kewangan

Ramai yang mula risau dengan keadaan terkini Soo Hyun.

PELAKON Kim Soo Hyun dilaporkan berada dalam keadaan membimbangkan apabila kelihatan terlalu kurus dan lesu ketika ditemui di Seongsu-dong, Korea Selatan, baru-baru ini.

Memetik laporan Allkpop, seorang kenalan YouTuber yang dikenali sebagai Lee Jin Ho pernah terserempak dengan aktor itu dan terkejut melihat perubahan fizikalnya. 

"Dia nampak sangat kurus dan keletihan," menurut sumber. 

Soo Hyun didakwa sudah semakin kurus. 

Dalam pada itu, Jin Ho turut mendakwa tekanan masalah kewangan dan situasi semasa yang dihadapi Soo Hyun mungkin menjadi perubahan tersebut. 

Nama Soo Hyun sebelum ini menjadi bualan selepas dia dikaitkan dengan kematian pelakon Kim Sae Ron yang ditemui tidak bernyawa di rumahnya pada 16 Februari tahun lalu.

Soo Hyun dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi punya fasal, Kim Soo Hyun kena saman RM9 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Reputasi sebagai selebriti tercalar, Kim Soo Hyun ambil tindakan terhadap pemfitnah

Walaupun menyangkal semua dakwaan tersebut namun muncul pelbagai bukti termasuk gambar dan video yang menyokong dakwaan terhadapnya.

Tidak hanya itu, Soo Hyun juga berdepan saman daripada sebuah jenama kosmetik yang menuntut ganti rugi sekitar 2.8 bilion won atas dakwaan mencemarkan imej sebagai duta produk.

Pihak pelakon itu bagaimanapun menegaskan tuduhan berkenaan tidak berasas dan kontrak tidak boleh ditamatkan hanya berdasarkan dakwaan yang belum disahkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain