suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rihanna trauma insiden rumah ditembak, masih rasa tak selamat

Rihanna masih mencari punca kejadian tembak di rumahnya.

KEHIDUPAN keluarga penyanyi Rihanna dan pasangannya, ASAP Rocky dilaporkan tidak lagi sama selepas insiden tembakan yang berlaku di rumah mereka pada 8 Mac lalu.

Menurut sumber, pasangan itu cuba menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih dihantui rasa bimbang terhadap keselamatan keluarga mereka.

“Mereka sukar untuk berasa selamat walaupun berada di rumah sendiri. Walaupun dilengkapi dengan sistem keselamatan yang baik, rasa tidak selamat itu masih ada,” kata sumber tersebut.

Rihanna dan pasangan bersama anak-anak mereka.

Walaupun keadaan ketika ini sudah terkawal, pasangan itu dikatakan masih berada dalam keadaan trauma meskipun sudah berusaha mewujudkan suasana selamat untuk anak-anak mereka.

Malah ASAP Rocky sebelum ini turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang telah meragut ketenangan hidupnya.

“Seseorang cuba mencederakan saya dan keluarga saya. Ia mengambil banyak ketenangan dan kebebasan yang kami miliki. Saya tidak mahu kehilangan ketenangan itu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita usia 30-an lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna, ditahan polis ketika cuba larikan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna dan kekasih tak gaduh cuma letih kerana Met Gala

Dalam pada itu, Rihanna dilaporkan masih mencari jawapan mengenai punca keluarganya menjadi sasaran.

Sementara itu, suspek dikenali sebagai Ivanna Ortiz dilaporkan berdepan 14 pertuduhan jenayah berat dan boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

Pada Mac lalu, media melaporkan seorang wanita ditahan pihak polis selepas didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah milik Rihanna di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

Difahamkan, salah satu tembakan tersebut dilaporkan telah menembusi dinding rumah penyanyi berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain