suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama dikaitkan kes rasuah, Raffi Ahmad tampil bersuara… “Sudah biasa difitnah”

Raffi sudah lali terkait dengan kontroversi yang menimbulkan fitnah.

PENGACARA Raffi Ahmad tampil menafikan penglibatannya selepas nama disebut dalam perbicaraan kes rasuah import yang melibatkan syarikat penghantaran Blueray Cargo.

Menurut laporan Kompas, Rafi memberitahu dia tidak pernah melakukan sebarang transaksi atau membuat tempahan barangan melalui syarikat berkenaan seperti yang didakwa.

"Saya sudah biasa. Dulu pun nama saya pernah dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram dan macam-macam lagi.

Raffi tidak terkesan dengan dakwaan kes rasuah.

"Tetapi untuk kes ini, saya tidak pernah membuat transaksi, tidak pernah membuat tempahan dan tidak pernah menerima sebarang barangan," katanya. 

Dalam pada itu, Raffi mengakui tidak terkesan dengan dakwaan yang mengaitkan namanya kerana sudah biasa berdepan pelbagai kontroversi.

"Saya sudah biasa diperkatakan macam-macam. Kalau ada yang memfitnah saya, biarlah ia menjadi pahala untuk saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Helikopter dinaiki Raffi Ahmad nyaris terhempas di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati Raffi Ahmad... Bantu bina semula rumah musnah pelakon veteran, beri sumbangan RM12,100

Sebelum ini, nama Raffi disebut dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan Blueray Cargo yang berkaitan dengan penghantaran barangan elektronik seperti komputer riba dan iPhone dari Amerika Syarikat ke Indonesia.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) mengesahkan nama pengacara berusia 39 tahun itu memang terdapat dalam Berita Acara Pemeriksaan (BAP).

Bagaimanapun, KPK menjelaskan tiada bukti awal yang mencukupi untuk mengaitkan Raffi dengan dakwaan rasuah tersebut dan dia juga belum dipanggil sebagai saksi atau suspek.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain