SEBUAH helikopter yang dinaiki selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad bersama pengusaha tempatan Bali, Gusti Ngurah Anom atau Ajik Krisna dilaporkan nyaris mengalami kemalangan akibat cuaca buruk di kawasan Desa Bantiran, Kecamatan Pupuan, Bali Utara pada Khamis lalu.Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat selepas sebuah helikopter dilihat terbang tidak stabil di ruang udara kawasan sawah padi dan penempatan penduduk dalam keadaan awan tebal serta kabus. Perkara itu didedahkan menerusi hantaran Instagram pengurus Raffi Ahmad, Prio Bagja Anugrah, selain beberapa rakaman video yang tular di TikTok memaparkan detik mencemaskan helikopter berkenaan berpusing-pusing di udara (Tonton Video). Malah, dalam salah satu rakaman kedengaran suara seorang penduduk yang merakam kejadian itu meluahkan rasa takut sambil berdoa agar helikopter terbabit tidak terhempas.Insiden berkenaan bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.Susulan itu, Gusti Ngurah Anom tampil memberikan penjelasan menerusi akaun rasmi perniagaannya, Krisna Oleh-Oleh Bali dengan menjelaskan penerbangan tersebut bertujuan meninjau persiapan pembangunan kawasan perusahaan mikro, kecil dan sederhana di Bali Utara.Menurut Anom, sebelum penerbangan dijalankan, pihaknya sudah membuat semakan dan berkoordinasi dengan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia yang memaklumkan keadaan cuaca ketika itu kurang baik.“Memang kami sudah berkoordinasi dengan rakan-rakan di BMKG dan dimaklumkan cuaca tidak begitu elok. Namun, jadual Raffi sangat terhad dan hanya ada pada hari itu sahaja untuk ke Bali Utara,” katanya.Jelasnya lagi, Raffi tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai sekitar jam 7.30 pagi waktu tempatan sebelum meneruskan perjalanan menggunakan helikopter ke Bali Utara.ARTIKEL BERKAITAN: Mulianya hati Raffi Ahmad... Bantu bina semula rumah musnah pelakon veteran, beri sumbangan RM12,100ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad ulang-alik ke Singapura jaga ibu sakitKatanya, keadaan cuaca pada awal pagi masih terkawal walaupun sedikit berawan, namun mula berubah sekitar jam 10 pagi apabila kawasan berkenaan dilanda cuaca mendung dan hujan renyai.“Disebabkan Raffi perlu berlepas pulang ke Solo sekitar jam 11 pagi, penerbangan balik ke Lapangan Terbang Ngurah Rai terpaksa diteruskan walaupun cuaca semakin kurang baik,” ujarnya.Anom turut menceritakan suasana tegang yang dialami penumpang apabila helikopter tersebut memasuki kawasan kabus tebal kira-kira 10 minit selepas berlepas.“Keadaan sangat gelap, kami langsung tidak dapat melihat apa-apa di bawah. Helikopter berpusing beberapa kali dalam kabus tebal dan ketika itu memang sangat mencemaskan,” katanya.Raffi difahamkan berada di Bali untuk urusan perniagaan. Tambahnya, rombongan sempat memohon agar pendaratan kecemasan dilakukan, namun juruterbang meyakinkan mereka bahawa keadaan masih selamat dan penerbangan boleh diteruskan.Anom turut memuji kecekapan juruterbang yang mengendalikan helikopter berkenaan selain berterima kasih kepada penduduk setempat yang menyaksikan kejadian itu dan mendoakan keselamatan mereka.“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Alhamdulillah, semuanya selamat,” katanya.Insiden berkenaan bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan helikopter tersebut berjaya mendarat dengan selamat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!