suria

Jessica Iskandar dedah kisah silam, dakwa jadi mangsa gangguan seksual

Jessica harap lebih ramai wanita berani tampil bersuara.

PERKONGSIAN pelakon Aurelie Moeremans mengenai kisah silamnya yang pernah menjadi mangsa keganasan fizikal telah membuka mata banyak pihak, termasuk rakan artis.

Terbaharu, aktres Jessica Iskandar tampil mendakwa dirinya juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika usia muda.

Mengakui ia menjadi satu kisah trauma, Jessica, 37, berkata buku tulisan Aurelie berjudul Broken Strings telah mendorong dirinya untuk berkongsi kisah lampau itu.

Jessica beranikan diri buka kisah lama. 

“Saya sendiri pernah mengalami gangguan seksual tetapi tidak berani untuk menceritakannya seperti Aurelie. Mungkin kisahnya juga menjadi dorongan agar saya boleh melepaskan perasaan itu.

“Saya tidak mengalami perkara yang sekejam dilalui Aurelie, tetapi ia tetap meninggalkan kesan trauma.

“Dengan berkongsi cerita,mungkin saya boleh mengurangkan beban ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon popular dedah kisah gelap ketika usia 15 tahun, dakwa teman lelaki pernah ludah, aniaya dan paksa cacah tatu 

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lama diungkit kembali, pelakon perjelas dakwaan pukul bekas kekasih

Tambah Jessica, pendedahan tersebut juga sebagai tanda sokongan terhadap golongan wanita supaya lebih berani tampil berkongsi masalah mereka.

Dalam masa sama, kisah Aurelie turut dijadikan pengajaran agar dia lebih berhati-hati dalam mendidik anak-anak.

“Cerita dia adalah kisah benar dan ia membuat saya lebih berhati-hati terhadap kemungkinan perkara ini boleh berlaku. Saya juga mempunyai anak-anak,” luahnya.

Aurelie menerusi bukunya itu mendakwa dia menjadi mangsa keganasan fizikal ketika berusia 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain