PELAKON Aurelie Moeremans mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa keganasan fizikal, termasuk diludah dan dianiaya ketika berusia 15 tahun.Lebih menyedihkan, Aurelie, 33, mendakwa dia juga dipaksa menyerahkan foto peribadi yang kemudiannya disebarkan tanpa kerelaannya. Menerusi buku Broken Strings, Aurelie, 32, menceritakan semula kejadian yang berlaku ketika dia berhubungan dengan seorang lelaki berusia 29 tahun dikenali sebagai Bobby (bukan nama sebenar).Aurelie akwa menjadi mangsa penderaan dan penyebaran foto peribadi tanpa kebenaran.Pada awalnya, hubungan mereka kelihatan penuh perhatian, namun berubah menjadi hubungan toksik apabila Bobby mula mengawal kehidupan Aurelie, termasuk cara berpakaian, pergaulan serta melakukan keganasan fizikal.Dalam satu perkongsian di Instagram, Aurelie berkata dia pernah dipaksa membuat tatu supaya tidak layak menyertai pertandingan ratu cantik.Perkara itu berlaku selepas Aurelie menerima pujian ramai apabila mempamerkan kebolehan bertutur dalam lima bahasa dalam sebuah rancangan bual bicara, sekali gus menarik perhatian untuk menyertai Miss Indonesia.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 41 tahun ditahan polis, didakwa rogol wanita dalam majlis partiARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota NCT, Taeil hadapi perbicaraan rayuan kes rogol berkumpulanNamun, perhatian tersebut dianggap ancaman oleh bekas kekasihnya yang kemudian bertindak mengawal dan menyekat impian Aurelie.Untuk rekod, Aurelie baru sahaja menerbitkan buku Broken Strings yang memuatkan kisah sebenar pengalaman hidupnya sebagai mangsa grooming dan penderaan seksual.Menariknya, buku memoir tersebut diterbitkan secara percuma untuk bacaan umum, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya tentang keputusan beraninya itu.Namun bagi Aurelie, perkongsian ini adalah satu bentuk perjuangan agar kisah mangsa tidak lagi dipadamkan dan kesedaran dapat terus disebarkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube