PELAKON aksi legenda, Jackie Chan mengakui hubungan dengan Jaycee Chan kini semakin renggang sehingga dia berasa takut setiap kali menerima panggilan telefon daripada anak lelakinya itu.Menurut Jackie, 71, mereka sudah lama tidak berkomunikasi hingga menyebabkan setiap panggilan yang diterima membuatkannya berasa cemas kerana bimbang sesuatu perkara buruk berlaku. “Saya jarang bercakap dengannya. Jadi bila telefon berbunyi dan nama Jaycee tertera, saya jadi takut,” katanya.Jackie turut mengakui sikapnya sebagai seorang bapa yang terlalu tegas pada masa lalu mungkin menjadi punca hubungan mereka menjadi dingin. Katanya, dia sering mengkritik Jaycee setiap kali bertemu dan jarang menunjukkan kasih sayang secara terbuka.“Saya fikir dengan menjadi bapa yang tegas, anak akan menjadi lebih baik. Tapi rupa-rupanya saya silap,” luahnya jujur.Tambah Jackie, pernah satu ketika Jaycee menelefonnya untuk mengucapkan selamat hari lahir, namun dia memarahi anaknya itu kerana hanya boleh menghubunginya pada hari tertentu sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan anak perempuan makin baik, Jackie Chan mula ambil beratARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan takut mati di set penggambaranSejak kejadian itu, Jaycee dikatakan tidak lagi menelefonnya.Kini, Jackie berkata dia cuba mengubah pendekatan dan tidak lagi mahu mengawal kehidupan anaknya malah paling penting baginya sekarang adalah Jaycee hidup dengan selamat dan bahagia.“Selagi dia sihat dan gembira, itu sudah cukup untuk saya,” katanya.Untuk rekod, Jaycee Chan merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Jackie Chan bersama bekas pelakon Taiwan, Joan Lin.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube