suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan dengan anak perempuan makin baik, Jackie Chan mula ambil berat

Jackie Chan ambil tahu nasib anaknya.

SETELAH sekian lama menjadi persoalan ramai akhirnya hubungan dingin pelakon Jackie Chan dengan anak perempuannya, Etta Ng dipercayai mula beransur pulih.

Menerusi satu sesi siaran langsung, Etta, 26, dilihat memberi respons ketika ditanya mengenai hubungannya dengan aktor berkenaan.

Menurut Etta, Jackie dilihat mula mengambil tahu tentang kerjaya seni yang diceburinya.

Jackie Chan ambil berat nasib anaknya.

“Dia ada perhatikan poster-poster yang saya hasilkan kebelakangan ini,” katanya.

Walaupun tidak mengesahkan secara terbuka mengenai hubungan mereka, namun kenyataan tersebut dianggap warganet sebagai petanda hubungan bapa dan anak itu mula pulih selepas bertahun-tahun dingin. 

Terdahulu, media Hong Kong melaporkan Jackie kini menyalurkan bantuan kewangan kepada Etta secara tertutup melalui pihak ketiga. 

ARTIKEL BERKAITAN:  Anak perempuan hidup melarat, Jackie Chan ubah fikiran

ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan takut mati di set penggambaran

Malah aktor berusia 71 tahun itu juga dikatakan memberi sokongan untuk beberapa projek promosi filem kepadanya, lengkap dengan kontrak serta bayaran setimpal.

Mengulas perkara itu, Etta menegaskan dia kini mampu berdikari dan mempunyai pendapatan mencukupi untuk menyara kehidupan harian.

Untuk rekod, Etta pernah menolak sebagai salah seorang waris harta Jackie. 

Hubungan Jackie dengan Etta dilaporkan renggang selepas dia dilahirkan hasil hubungan sulit aktor itu dengan Elaine.

Malah Etta juga pernah mendakwa dia tidak pernah menganggap Jackie sebagai bapanya dan rela menjadi seorang gelandangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain