suria

Rupanya sebelum menjadi isteri Jule idamkan Jefri Nichol

Jule dikatakan pernah memikat Jefri Nichol pada 2021.

DESAS-DESUS mengenai pelakon Jefri Nichol menjalinkan hubungan cinta dengan personaliti media sosial, Jule hangat diperkatakan peminat.

Lebih menguatkan spekulasi itu, pasangan itu dilihat keluar berdua-duaan di Bali, Indonesia baru-baru ini. 

Menariknya lagi, peminat mula menyelongkar kembali hantaran lama Jefri di media sosial. 

Hasil daripada semakan itu, mereka menemui satu komen yang ditinggalkan Jule pada 9 Mac 2021.

Komen yang ditinggalkan Jule pada 2021. 

“Adakah dia mahu (bercinta) dengan aku?" komennya. 

Tarikh komen itu juga agak mengejutkan peminat kerana ia dibuat beberapa bulan sebelum Jule berkahwin dengan bekas suaminya, Na Daehoon. 

Situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka ketika itu.

"Baru tahu yang Jule ini memang perangai seperti ini. Mujurlah mereka sudah bercerai. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Senafas’ dedah sisi baharu Allan Andersn, kali pertama serah diri pada komposer Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo tutup 2025 dengan keberanian, lancar single Melayu kedua berjudul ‘Singa’

"Semua lelaki dia nak! Biar betul Jule ni?" komen netizen. 

Untuk rekod, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada 31 Julai 2021, namun disahkan bercerai pada 30 Disember tahun lalu. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Sementara itu, Jefri sebelum ini dilaporkan bercinta dengan adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa iaitu Ameera Khan namun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain