suria

Jonathan Frizzy dibebaskan awal, berkelakuan baik sepanjang dalam penjara

Jonathan dibenarkan bebas lebih awal kerana berkelakuan baik.

PELAKON Jonathan Frizzy dibebaskan dua bulan lebih awal dari Penjara Remaja Kelas IIA Tangerang kerana berkelakuan baik sepanjang menjalani tahanan. 

Jonathan atau mesra disapa Ijonk, 44, dibebaskan melalui program integrasi berbentuk cuti bersyarat.

Program ini memberi hak kepada banduan untuk menerima integrasi seperti pembebasan atau cuti bersyarat.

 

Jonathan (kanan) dibebaskan awal dua bulan daripada tarikh sebenar.

Menerusi program berkenaan, status undang-undang Jonathan berubah daripada banduan pesalah kepada klien Balai Pemasyarakatan (Bapas), atau dengan kata lain individu yang telah tamat menjalani hukuman.

Aktor itu kini dipindahkan ke Balai Pemasyarakatan Kelas I Tangerang untuk bimbingan dan pengawasan selanjutnya.

Difahamkan, keputusan membebaskan Ijonk lebih awal turut dibuat kerana pelakon itu berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Seludup ‘ubat keras’ dari Malaysia, Jonathan Frizzy berdepan hukuman penjara 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mengaku bersalah promosi produk vape, didenda RM10,000

Sepanjang berada di penjara, Jonathan dilaporkan berkelakuan baik dan aktif menyertai program pemulihan, termasuk aktiviti sukan dan keagamaan.

“Dia antara yang aktif mengikuti sukan dalaman dan perkhidmatan gereja,” jelas Ketua Bahagian Bimbingan Banduan di penjara berkenaan.

Jonathan dibebaskan melalui program integrasi berbentuk cuti bersyarat.

Sebelum ini, Jonathan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana memiliki alat vape yang mengandungi ubat keras pada 22 Oktober 2025.

Dia sepatutnya selesai menjalani hukuman penjara pada 8 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain