PELAKON Ahn Bo Hyun mendedahkan sebab sebenar dia jarang muncul sebagai hos program hiburan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam episod terbaharu program bual bicara Salon Drip, Bo Hyun, 37, berkongsi pengalaman traumanya ketika mengacarakan MBC Entertainment Awards 2020 bersama pelawak Jang Do Yeon. Menurut Bo Hyun, masalah penglihatan yang teruk dan buta warna menjadikan pengalaman tersebut seperti mimpi ngeri.Bo Hyun membuat pendedahan dalam program Salon Drip.“Saya cuba lupakan memori itu. Saya memang ada masalah mata dan lebih teruk, saya buta warna. Agak teruk sebenarnya. "Saya terpaksa bergantung sepenuhnya pada teleprompter, namun teks skrip hampir sama warna dengan latar belakang, saya jadi hilang akal," katanya. Disebabkan masalah penglihatan yang dihadapi, Bo Hyun akhirnya nekad menjalani pembedahan lasik selepas berasa kecewa dengan diri sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Salute Ahn Bo Hyun! Hulur sumbangan RM280,000 buat kanak-kanak masalah penglihatanARTIKEL BERKAITAN: Ahn Bo Hyun tak pernah pesan ayam goreng sepanjang hidup, peti ais penuh makanan sihatMalah dia juga memutuskan untuk tidak lagi menjadi hos program televisyen, sebaliknya hanya mengacarakan majlis perkahwinan.“Orang yang rapat dengan saya saja faham apa yang berlaku. "Selepas itu, saya putuskan untuk tidak lagi menjadi hos program. Saya hanya akan menjadi pengacara majlis perkahwinan sahaja," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube