suria

Hilang dari radar, penyanyi baharu ditamatkan kontrak… Agensi bakal ambil tindakan undang-undang

Yu Yan Ci bakal dikenakan tindakan tegas.

KONTRAK penyanyi asal Taiwan, Yu Yan Ci bersama agensinya ditamatkan pada 5 Januari lalu selepas gagal dikesan sejak Mei tahun lalu.

Pihak pengurusan Hao Yan Entertainment mengumumkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa penyanyi itu tidak menjawab panggilan atau mesej, selain gagal hadir dalam jadual persembahan serta promosi yang telah ditetapkan.

Malah, anggota kumpulan AKB48 Team TP itu juga tidak hadir dalam mana-mana sesi latihan bersama rakan-rakan selepas menghilangkan diri.

Yu Yan Ci juga tidak aktif di sosial media. 

Bukan sahaja digugurkan daripada kumpulan tersebut, Yu Yan Ci juga bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebabkan kerugian kepada pihak pengurusan.

“Hao Yan Entertainment mengalami kerugian besar akibat tindakan tersebut dan kontrak Yu Yan Ci telah ditamatkan,” jelas kenyataan pihak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat mimpi ngeri, Ahn Bo Hyun tinggalkan kerjaya pengacara TV 

ARTIKEL BERKAITAN: Ailee sedia bergelar ibu, mulakan langkah jalani rawatan IVF

Pada 30 Mei tahun lalu, Yu Yan Ci menulis surat kepada peminat bagi mengumumkan dia mengambil tempoh rehat kerana berdepan masalah keluarga.

Dia kemudiannya terus mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita serta tidak membuat sebarang perkongsian di media sosial.

Yu Yan Ci mula menyertai AKB48 Team TP pada 22 Ogos 2024 sebagai pelatih sebelum ditempatkan dalam subunit Peek A Boo pada tahun sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain