PENYANYI Inara Rusli tetap berusaha untuk berdamai dengan madunya walaupun permohonannya menggunakan mekanisme keadilan restoratif (penyelesaian secara baik) ditolak oleh Wardatina Mawa.Menurut peguam Inara iaitu Daru Quthny, walaupun permohonan itu ditolak, anak guamnya masih membuka ruang untuk berdamai dan menyelesaikan isu secara kekeluargaan. "Hari ini kami selaku peguam Inara bersama anak guam hadir ke Renakta Polda Metro Jaya bagi menerima surat penolakan RJ daripada pihak peguam Mawa.Inara tetap pendirian untuk berbaik dengan madunya demi masa depan anak-anak. "Keinginan untuk berdamai tetap menjadi keutamaan pihak Inara. Kami berharap keadilan restoratif atau perdamaian masih boleh dilaksanakan,” kata Daru.Tambah Daru, Inara tetap dengan pendiriannya itu meskipun laporan dakwaan perzinaan yang dibuat Mawa masih dalam siasatan pihak polis.Menurutnya, penyelesaian secara baik penting kerana ia memberi kesan kepada masa depan anak-anak yang terlibat secara tidak langsung.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Inara Rusli dakwa isteri pertama kerap tolak hubungan intim, rumah tangga sudah lama bermasalahARTIKEL BERKAITAN: Madu Inara Rusli nekad mahu cerai, tak mahu hidup berpoligami“Kami tetap berusaha dan berikhtiar walau apa cara sekalipun. Kita perlu terus mengusahakannya kerana perkara ini turut melibatkan masa depan anak-anak," ujarnya. Sebelum ini, kontroversi membabitkan Inara mula timbul selepas isteri pertama kepada usahawan iaitu Insanul Fahmi tampil membuat laporan polis mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi itu. Insanul kemudian dalam satu temu bual menafikan perbuatan zina dengan Inara dan memberitahu mereka sah bergelar suami isteri pada Ogos lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube