PELAKON Roby Tremonti tampil bersuara selepas didakwa melakukan kekerasan terhadap bekas kekasihnya iaitu aktres Aurelie Moeremans.Menafikan segala tuduhan dibuat, Roby menegaskan dia sudah lama berdiam diri mengenai hubungannya dengan Aurelie yang telah berakhir 16 tahun lalu. “Saya dihina, dipijak-pijak selepas 16 tahun berdiam diri. Jika saya melakukan kekerasan, sila buktikan.Buku tulisan Aurelie kini menjadi tumpuan ramai. “Sejak dulu saya tidak mahu konflik,” katanya.Nama Roby kembali menjadi bualan selepas Aurelie melancarkan buku karyanya sendiri berjudul Broken Strings: Fragments of a Stolen Youth.Salah satu cerita yang ditulis adalah pengalaman melalui hubungan toksik, termasuk menjadi mangsa keganasan bekas teman lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon popular dedah kisah gelap ketika usia 15 tahun, dakwa teman lelaki pernah ludah, aniaya dan paksa cacah tatu ARTIKEL BERKAITAN: Inara mengaku pernah pukul anak, tuduhan ibu mentua tepatMeskipun tidak menyebut namanya, watak Bobby dalam buku berkenaan dikaitkan dengan Roby kerana mereka sebelum ini pernah bercinta.Sementara itu, Roby pada masa sama meminta untuk diberi ruang menceritakan kisah sebenar dalam mana-mana rancangan podcast di Indonesia.Dia juga memberi amaran tidak akan berdiam diri jika namanya terus dikaitkan dengan penceritaan dalam buku tulisan Aurelie.“Hati-hati jika masih terus bercakap, saya tidak akan mendiamkan diri,” tegasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube