PERTIKAIAN membabitkan Ari Lasso dan bekas kekasihnya, Dearly Joshua semakin memuncak apabila tindakan penyanyi itu di media sosial disifatkan seperti 'samseng pasar'. Menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory, Dearly meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Ari yang didakwa menyerang mental seorang wanita secara terbuka. Menurutnya, sebarang isu yang masih belum diselesaikan sepatutnya dibincangkan secara matang dan tertutup, bukannya melalui ugutan, herdikan serta komen kasar di ruang awam.“Saya diam bukan sebab takut. Saya tak mahu anak-anak terbabit. Tapi jangan guna gaya samseng untuk tekan perempuan.Hubungan cinta Ari (kanan) dan Dearly berakhir pada Disember lalu."Tak perlu serang mental perempuan macam samseng pasar. Kalau ada masalah, bincang elok-elok,” tulisnya. Dalam pada itu, Dearly turut mendakwa dirinya telah banyak berkorban sepanjang hubungan mereka, termasuk memenuhi permintaan Ari untuk memadam foto-foto mereka bersama di media sosial.Namun begitu, dia mendakwa penyanyi tersebut masih menyimpan dendam dan terus memberi tekanan kepadanya.“Apa dendam kamu dengan saya sampai perlu berlagak samseng? Kalau nak ugut dan tunjuk kuasa, buat dengan lelaki, bukan perempuan,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ari Lasso sudah ada kekasih baharu, sedia kembali berumah tanggaARTIKEL BERKAITAN: Seram! Kisah Ari Lasso buat konsert depan jin viral di TikTok, siap diingatkan jangan mandi selepas balik hotelSebelum ini, Ari meminta Dearly memulangkan barang pemberian sepanjang mereka bercinta. Tidak hanya itu, Ari juga dilaporkan meninggalkan beberapa komen pada hantaran lama Instagram Dearly Joshua yang memaparkan foto mereka berdua.Dalam komen tersebut, penyanyi itu berulang kali mendesak Dearly supaya memadam gambar-gambar berkenaan, termasuk foto ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan Luna Maya di Bali.Untuk rekod, hubungan cinta Ari dan Dearly sudah berakhir pada Disember lalu apabila penyanyi lagu Aku Dan Dirimu ini didakwa berlaku curang. Bagaimanapun, Ari menafikan dakwaan berkenaan sehingga membuat laporan polis terhadap Dearly atas dakwaan ‘menyerang’ seorang wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube