suria

Shah Rukh Khan dilapor bakal berehat daripada dunia seni, peminat panik dan tak tentu arah 

Ramai peminat bakal kecewa sekiranya Shah Rukh Khan berehat berlakon pada 2026.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan bakal berehat daripada dunia lakonan pada tahun ini.

Spekulasi itu tercetus selepas sebuah portal hiburan, BollywoodLife melaporkan berita khabar angin tersebut.

Ramai terkejut muncul khabar angin, Shah Rukh Khan bakal berehat 2026.

Difahamkan aktor berusia 60 tahun itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul King.

Situasi berkenaan telah mencetuskan pelbagai andaian termasuk kebimbangan orang ramai terhadap tahap kesihatan dan keperluan untuk berehat selepas puluhan tahun mendominasi industri perfileman di India.

ARTIKEL BERKAITAN: Hisap 100 batang rokok sehari, Shah Rukh Khan insaf selepas alami sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Kumail Nanjiani gelar Shah Rukh Khan ‘Tuhan’, lebih hebat daripada Tom Cruise

Namun begitu, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Shah Rukh Khan mahupun pihak pengurusannya berhubung dakwaan tersebut.

Bagi peminat setia aktor itu, rata-rata berasa bimbang sekiranya khabar angin yang berlegar itu benar-benar sahih. 

Dalam masa sama, terdapat juga peminat yang teruja untuk menantikan tayangan filem King di pawagam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain