PELAKON dan penyanyi Lee Hyeri tidak dapat menahan air mata selepas selesai menjalani ujian personaliti bersama pakar psikiatri, Dr. Lee Kwang Min menerusi penilaian Temperament and Character Inventory (TCI).Menurut Hyeri, 32, keinginannya untuk menjalani ujian tersebut tercetus selepas merasakan banyak perubahan berlaku dalam dirinya sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, sekali gus membuatkan dia mahu mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Bagaimanapun, keputusan ujian berkenaan mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan mengenai keadaan mental selebriti itu.Hyeri menangis bila mengetahui keputusan ujian personaliti dilakukannya,Dr. Kwang Min menjelaskan Hyeri mempunyai jenis personaliti yang jarang ditemui apabila mencatatkan skor sangat tinggi dalam aspek berdikari, keyakinan diri, tanggungjawab serta kecekapan.Namun pada masa sama, Hyeri hampir tidak menunjukkan sebarang kecenderungan untuk bergantung secara emosi atau membina kebergantungan dengan orang lain.Menurut Dr. Kwang Min, Hyeri secara asasnya percaya bahawa dialah individu yang perlu menjadi tempat orang lain bersandar dan bukan sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Suka sentuh badan pelakon lelaki, Hyeri dicop ‘gatal’ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Reply 1988’ Lee Hyeri dan Ryo Jun Yeol berpisah selepas 7 tahun bercintaPenjelasan itu membuatkan Hyeri sebak sebelum mengakui dia hampir tidak pernah berehat sepenuhnya sejak dua tahun lalu.Hyeri turut mengakui dirinya kini menjadi semakin letih dan lesu.Katanya, kekuatan untuk terus bertahan datang daripada kasih sayang dan sokongan peminat.Pakar sarankan Hyeri ambil masa untuk berehat.“Walaupun badan saya terlalu penat sampai rasa seperti boleh rebah, mental saya masih mampu bertahan kerana sokongan peminat,” katanya.Dr. Kwang Min meluahkan kebimbangan apabila mendapati tahap tenaga Hyeri berada pada paras yang sangat rendah dan dia sentiasa berada dalam keadaan tegang.Malah pakar psikiatri itu juga menegaskan yang Hyeri langsung tidak memperuntukkan masa khusus untuk berehat sepenuhnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube