PELAWAK Hollywood, Margaret Cho berkongsi pengalaman paling memalukan dalam hidupnya apabila secara tidak sengaja tercirit ketika membuat persembahan di atas pentas.Menurut Margaret, kejadian memalukan itu berlaku pada awal tahun 2000-an ketika dia mengambil sejenis ubat pelangsingan badan yang menghalang penyerapan lemak dalam badan. Lebih malang, Margaret ketika itu mengenakan pakaian serba putih hingga menyebabkan kesan cecair berminyak berwarna oren jelas kelihatan.Margaret akui kini dia terhibur dengan kejadian memalukan itu.“Ia kelihatan seperti minyak pepperoni di atas piza,” katanya ketika muncul dalam podcast How To Fail With Elizabeth Day.Walaupun berdepan situasi memalukan, Margaret tetap meneruskan persembahan sehingga tamat dan menerima 'standing ovation' daripada penonton yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku.Namun sebaik sahaja turun daripada pentas, Margaret mengakui dia terpaksa mencangkung di belakang pentas akibat kekejangan perut yang teruk.Kejadian itu bukan sahaja merosakkan pakaiannya, malah kerusi hadapan keretanya turut terkena kesan minyak oren yang tidak boleh dibersihkan sehingga memaksanya membeli kereta baharu.ARTIKEL BERKAITAN: Inara mengaku pernah pukul anak, tuduhan ibu mentua tepatARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan anak perempuan makin baik, Jackie Chan mula ambil berat“Saya menangis ketika itu. Ia sangat mengaibkan dan menjijikkan,” katanya jujur.Tambah Margaret, setiap kali mengimbau pengalaman pahit tersebut, dia akan ketawa dan menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka dalam persembahan komedinya. Selepas kejadian itu, Margaret terus berhenti mengambil ubat pelangsingan berkenaan dan mengakui ia antara pengalaman paling traumatik dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang artis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube