suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas anggota NCT, Taeil hadapi perbicaraan rayuan kes rogol berkumpulan

Taeil dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan.

BEKAS anggota kumpulan NCT iaitu Taeil dilaporkan bakal hadir semula ke mahkamah bagi perbicaraan rayuan melibatkan kes serangan seksual berkumpulan yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Allkpop melaporkan, menurut Mahkamah Tinggi Seoul, Korea Selatan, sesi pendengaran pertama bagi peringkat rayuan akan berlangsung pada 17 September ini selepas hampir dua bulan rayuan difailkan. 

Taeil bersama dua rakannya sedang berdepan pertuduhan di bawah Akta Khas Hukuman Kesalahan Seksual Korea Selatan atas dakwaan rogol berkumpulan dalam keadaan mangsa tidak sedarkan diri. 

Taeil sedang berdepan pertuduhan di bawah Akta Khas Hukuman Kesalahan Seksual Korea Selatan.

Pada Jun tahun lalu, seorang wanita warga asing membuat laporan polis mendakwa telah menjadi mangsa serangan seksual oleh Taeil dan rakan-rakannya.

Siasatan oleh pihak berkuasa dimulakan dan Taeil telah dipanggil untuk disoal siasat pada Ogos lalu sebelum didakwa tanpa penahanan pada Mac lalu.

Menurut pendakwaan, ketiga-tiga tertuduh dipercayai membawa mangsa yang ketika itu mabuk teruk dari sebuah bar di Itaewon ke sebuah kediaman peribadi di Banpo-dong sebelum merogolnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil kena penjara tiga tahun, nama didaftar sebagai pesalah jenayah seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil mengaku bersalah lakukan jenayah seksual, mohon hukuman lebih ringan

Pada Julai lalu, Mahkamah Daerah Pusat Seoul menjatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan ke atas ketiga-tiga tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani 40 jam program pemulihan kesalahan seksual, serta larangan bekerja selama 5 tahun dalam bidang yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.

Pihak pendakwa sebelumnya memohon hukuman lebih berat termasuk penjara 7 tahun, pendedahan maklumat peribadi dan sekatan pekerjaan berkaitan.

Namun selepas keputusan diumumkan, kedua-dua pihak iaitu pendakwa dan tertuduh telah memfailkan rayuan yang akan dibicarakan kali kedua pada September. 

Susulan pendedahan kes ini, pihak pengurusan SM Entertainment mengumumkan penamatan kontrak eksklusif Taeil pada 15 Oktober 2024 sekali gus menamatkan hubungan profesional mereka dengan penyanyi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain