PERSIAPAN perkahwinan penyanyi popular, Selena Gomez bersama tunangnya yang juga penerbit muzik Benny Blanco dikhabarkan tidak seindah seperti dibayangkan.
Menurut sumber, Selena, 33, terpaksa menguruskan sebahagian besar persiapan majlis perkahwinan mereka seorang diri kerana sikap Benny yang didakwa agak malas untuk turut sama membantu.
“Benny beritahu dia mahu Selena buat sebahagian besar keputusan (berkaitan majlis perkahwinan),” dedah sumber kepada Daily Mail.

Benny disifatkan malas untuk menguruskan perkahwinan mereka.
Walaupun ada yang menganggap tindakan itu sebagai memberi kebebasan kepada Selena, namun ia turut menimbulkan sedikit ketegangan antara pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, sumber terdekat menegaskan hubungan mereka tetap bahagia dan perkara itu bukanlah masalah besar buat pasangan ini.
Malah, segala persiapan kini berada dalam keadaan terkawal.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan semakin langsing, penampilan Selena Gomez dipuji peminat
ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez bakal kahwin September depan, tetamu sudah terima jemputan melalui emel
“Sekarang semuanya berjalan lancar kerana semua sudah dibayar dan diatur,” kata sumber tersebut.
Terdahulu media melaporkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada bulan ini.
Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan sejak Jun 2023 sebelum mengikat tali pertunangan pada Disember 2024.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


