RUMAH milik pelakon Zack Lee menjadi sasaran kumpulan pemberontak susulan insiden rusuhan yang berlaku di Jakarta, Indonesia pada hujung Ogos lalu.
Lebih malang, kediaman tersebut dicerebohselepas kumpulan berkenaan menyangkakan ia rumah bekas isterinya, Nafa Urbach yang juga ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Insiden yang berlaku pada Ahad itu mengakibatkan Zack mengalami kerugian besar termasuk kehilangan perabot dan beberapa harta benda lain.

Zack dan Nafa berpisah pada 2017.
Namun dia bersyukur bahagian dapur rumahnya tidak teruk terjejas akibat diceroboh.
Seorang rakan yang dikenali sebagai Rama memberitahu pelakon itu sangat bimbang sekiranya peralatan dapur diambil oleh kumpulan pemberontak.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua selebriti jadi ahli politik digantung tugas, video kontroversi berjoget dalam parlimen undang kemarahan rakyat
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pelakon diceroboh kumpulan demonstrasi, kucing peliharaan turut diambil
"Zack suka memasak, dia bersyukur peralatan dapur tidak dibawa lari," ujarnya.
Nafa sebelum ini menjadi sasaran kebencian rakyat Indonesia selepas dia mengeluarkan kenyataan berhubung kesesakan lalu lintas yang dianggap tidak sensitif dengan nasib rakyat.
Untuk rekod Zack dan Nafa mendirikan rumah tangga pada 2007 sebelum bercerai 10 tahun kemudian.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


