suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vadel Badjideh dihukum penjara 12 tahun, denda RM290,000 atas kesalahan persetubuhan terhadap anak Nikita Mirzani… Paksa gugurkan kandungan

Vadel (kiri) dihukum penjara 12 tahun atas kesalahan persetubuhan terhadap Lolly.

PEMPENGARUH media sosial Vadel Badjideh dihukum penjara selama 12 tahun atas kesalahan persetubuhan dan memaksa menggugurkan kandungan terhadap mangsa yang juga anak kepada pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani atau Lolly. 

Menurut kenyataan daripada Ketua Komunikasi Awam Mahkamah Negeri Jakarta Selatan, Rio Barten selain hukuman penjara Vadel turut didenda sebanyak Rp 1 billion (RM 290,000). 

Kata Rio, sekiranya denda tersebut gagal dibayar Vadel akan menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan.

Vadel (kiri) didakwa menghamilkan Lolly sebanyak dua kali.

Vadel (kiri) didakwa menghamilkan Lolly sebanyak dua kali.

"Pada perbicaraan hari ini, pihak pendakwa raya telah membacakan surat tuntutan. Vadel diarahkan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak Rp 1 billion. 

"“Jika denda tidak dibayar, ia akan digantikan dengan hukuman kurungan selama enam bulan,” ujarnya dalam laporan Kompas. 

Dalam perkembangan lain, sidang perbicaraan akan diteruskan dengan sesi pembelaan daripada pihak Vadel berhubung tuntutan dikenakan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan minat menari, Vadel Badjideh lebih banyak solat di penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

Sidang pembelaan dijadualkan berlangsung pada 8 September ini. 

Pada 13 Februari lalu, Vadel ditahan Polis Jakarta Selatan atas dakwaan menghamilkan anak pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Mirzani sebanyak dua kali.

Malah Laura yang ketika itu dibawah umur turut dipaksa melakukan pengguguran oleh Vadel.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain