suria

Gordon Ramsay hidap kanser kulit, pesan orang ramai jangan lupa pakai sunscreen 

Gordon disahkan menghidap kanser kulit.

CHEF selebriti terkenal, Gordon Ramsay mendedahkan dia baru sahaja menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap kanser kulit.

Ramsay, 58, berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram dengan memuat naik beberapa foto menunjukkan wajahnya yang dibalut serta parut jahitan berhampiran telinga.

“Saya sangat bersyukur dan menghargai pasukan hebat ini kerana tindakan pantas mereka membuang Basal Cell Carcinoma (jenis kanser) ini, terima kasih,” katanya.

Gordon menjalani pembedahan pada Sabtu lalu. 

Dalam hantaran sama, Ramsay turut berpesan kepada pengikutnya supaya tidak lupa memakai pelindung matahari selain bergurau mengenai pembedahan yang dijalaninya.

“Tolong jangan lupa pakai pelindung matahari. Saya janji ini bukan pembedahan tarik muka. Kalau ya, saya akan minta untuk pulangkan duit saya,” ujarnya.

Pendedahan itu membuatkan ramai peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa serta kata semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun diboikot, pelakon wanita akhirnya berani bersemuka peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita jual gambar bogel, terdesak nak bayar hutang kad kredit

“Syukur semuanya sudah selesai. Semoga cepat sembuh, chef.

“Syukur anda selamat dan terima kasih atas peringatan itu. Semoga cepat sembuh ya,” tulis beberapa pengikut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain