NAMA pelakon India, Pawan Singh menjadi bualan hangat susulan tindakan biadabnya yang didakwa menyentuh pinggang seorang aktres wanita semasa mempromosikan sebuah produk.
Menerusi video yang tular, Pawan dilihat mendekati Anjali Raghav dan menyentuh pinggang dengan alasan mahu membuang sesuatu yang melekat pada bahagian badannya itu.
Bagaimanapun tindakan itu mengundang rasa tidak selesa kepada Anjali dan memilih untuk berdiam diri bagi menyelesaikan tugasnya.

Kejadian ketika Pawan menyentuh Anjali.
Insiden itu mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan netizen dan ramai yang mengecam tindakan Pawan.
Sebelum ini aktor berkenaan pernah terlibat dalam beberapa insiden gangguan seksual melibatkan aktres wanita sekitar tahun 2019.
Trauma dengann kejadian tersebut, Anjali dalam satu kenyataan juga memaklumkan dia ingin meninggalkan industri hiburan kerana tidak mahu kejadian berulang lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua selebriti jadi ahli politik digantung tugas, video kontroversi berjoget dalam parlimen undang kemarahan rakyat
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS tak boleh duduk diam, rupa-rupanya hidap ADHD
Jelasnya, dia berdiam diri ketika disentuh pelakon itu kerana enggan merosakkan suasana acara itu.
Sementara itu, Pawan pula tampil memohon maaf secara terbuka dan menyatakan sebagai rakan artis Anjali tidak sepatutnya bersangka buruk terhadapnya.
“Saya berharap Anjali tidak bersangka buruk dan saya benar-benar memohon maaf jika tindakan saya menyinggung perasaan sesiapa,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


