suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taeil kena penjara tiga tahun, nama didaftar sebagai pesalah jenayah seksual

Taeil akan jalani hukuman penjara selama tiga tahun.

PENYANYI Taeil dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan atas kesalahan jenayah seksual yang dilakukan pada Jun tahun lalu. 

Mahkamah Daerah Seoul menetapkan hukuman itu terhadap Taeil, 31, bersama dua lagi sahabatnya pada Khamis. 

Ketiga-tiga mereka turut diarahkan untuk mengikuti program pendidikan berkaitan keganasan seksual selama 40 jam. 

Taeil mengaku bersalah terlibat jenayah seksual. 

Tidak hanya itu, kesemua tertuduh perlu didaftarkan sebagai pesalah jenayah seksual di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Mahkamah dalam masa sama melarang Taeil bekerja dalam bidang yang melibatkan kanak-kanak dan remaja selama tempoh lima tahun akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil mengaku bersalah lakukan jenayah seksual, mohon hukuman lebih ringan 

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil berdepan tuduhan ‘quasi rape’, turut didakwa bersama 2 lagi rakan subahat

Taeil yang juga merupakan bekas anggota kumpulan NCT sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya namun memohon hukuman lebih ringan. 

Ketika perbicaraan berlangsung sebelum ini, peguamnya memberitahu Taeil telah mengakui kesilapan sendiri dan berjanji tidak akan mengulanginya. 

Taeil melakukan kesalahan itu bersama dua lagi rakannya pada Jun tahun lalu melibatkan mangsa seorang wanita warganegara China. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain