suria

Nana bebas tuduhan cuba bunuh perompak, polis sahkan tindakan pelakon hanya pertahankan diri

Nana bebas daripada tuduhan cubaan membunuh perompak rumahnya.

BALAI Polis Gyeonggi Guri memutuskan untuk menarik balik tuduhan terhadap penyanyi dan pelakon, Nana selepas insiden kediamannya diceroboh seorang lelaki bersenjata. 

Pada 30 November tahun lalu, seorang penceroboh memasuki rumah Nana di Guri, Gyeonggi-do hingga menyebabkan Nana dan ibunya cedera. 

Pihak polis sifatkan tindakan Nana sebagai mempertahankan diri.

Namun, kedua-duanya bertindak melawan dan berjaya menundukkan lelaki terbabit sebelum menghubungi pihak polis.

Penceroboh itu kemudian ditahan atas tuduhan cubaan rompakan dan mencederakan mangsa, tetapi kemudiannya memfailkan aduan balas mendakwa Nana cuba membunuhnya. 

Insiden itu telah mencetuskan kemarahan peminat dan mendapat liputan meluas media. 

Pihak agensi Nana menegaskan mereka akan mengambil semua tindakan undang-undang terhadap aduan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej Baharu Nana (After School) Tarik Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak saman RM12 juta Jo Byeong Gyu, gagal buktikan tuduhan buli palsu

Bagaimanapun, pada Jumaat polis memutuskan untuk menarik balik tuduhan terhadap Nana selepas menyimpulkan bahawa pelakon itu bertindak atas dasar pertahankan diri (self-defense).

Menjawab tuduhan yang dibuat terhadapnya, Nana tampil menenangkan peminat agar tidak risau dan menegaskan dia akan kekal positif meskipun berdepan insiden itu

"Saya tidak akan tertekan. Saya akan menjaga diri agar tidak terkesan oleh perkara ini. Jadi jangan risau," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain