NAMA penyanyi Piche Kota kini menjadi sebutan ramai selepas disyaki memperkosa seorang remaja perempuan bawah umur.Perkara tersebut disahkan oleh wakil polis Bahagian Jenayah Daerah Belu, Nusa Tenggara Timur yang memaklumkan siasatan sedang dijalankan terhadap mangsa dan suspek yang terlibat. Ketua Polis Daerah Belu, Eka Putra Astawa dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya masih menyiasat penglibatan peserta Indonesian Idol 2025 itu.Piche didakwa melakukan kesalahan bersama dua orang rakannya. “Maklumat tentang Piche masih diperincikan menerusi siasatan yang sedang berjalan,” katanya.Menurut laporan, kejadian berlaku pada 11 Januari lalu di sebuah hotel di daerah berkenaan.Mangsa dikatakan berada di lokasi tersebut bersama tiga suspek termasuk Piche dan mengambil minuman keras sebelum kejadian dia diperkosa.ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan difitnah habiskan duit anak, ayah Farel Prayoga buat laporan polis ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil bekerja tampung hidup keluarga, Ratu Sofya terima tawaran watak tanpa rela hati... “Duit ubat bapa saudara pun saya bayar”Pihak polis turut memberi jaminan hukuman berat akan dikenakan terhadap pelaku memandangkan mangsa yang terlibat merupakan gadis bawah umur dan masih bersekolah.“Setiap kesalahan melanggar undang-undang yang melibatkan golongan bawah umur akan dikenakan tindakan tegas,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube