suria

Rian D’Masiv didakwa terlibat kes antunan seksual, tangkap layar DM tular

Rian didakwa melakukan 'child grooming' kepada seorang wanita.

SEORANG pengguna Threads mendakwa menjadi mangsa 'child grooming' atau antunan seksual oleh vokalis kumpulan D'Masiv iaitu Rian Ekky Pradipta. 

Memetik laporan Suara, individu berkenaan berkongsi tangkap layar mesej peribadi (DM) antara dirinya dengan individu yang dipercayai Rian. 

Menurut pengguna Threads tersebut, ramai yang menyedari isu child grooming selepas membaca buku Aurelie Moeremans, tetapi tidak ramai yang menyedari Rian D’Masiv turut dikaitkan dengan perlakuan sama.

“Banyak orang yang sedar tentang ‘child grooming’ kerana buku Aurelie Moeremans. Tapi pasti tidak ramai yang tahu bahawa Rian D’Masiv juga melakukan child grooming.

Perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Threads.

“Kalau segala hal boleh diselesaikan dengan kata maaf, di dunia ini tidak akan ada penjara ya Mas Rian," katanya. 

Dalam pada itu, individu terbabit turut memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan kelakuan Rian kepada pihak media, namun perkara itu tidak diteruskan. 

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi, Rian dikatakan sempat memohon maaf.

"Ya, saya minta maaf sekiranya awak tidak berminat," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rian D'Masiv rupanya tak boleh memandu kereta atau motosikal, isteri pula larang ambil lesen

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden hampir disambar api buat Rian D'Masiv trauma, ada rasa takut setiap kali buat persembahan

Bagaimanapun sehingga kini, keaslian tangkap layar perbualan DM tersebut masih belum dapat disahkan.

Selain itu, pemilik akaun turut mendedahkan perlakuan kurang etika Rian terhadapnya yang berlaku di sebuah kelab malam di Bali.

“Dipegang-pegang di La Favela Bali. Lepas minta izin balik, dia ajak ke vilanya jam tiga pagi,” tulisnya. 

Sehingga kini, pihak media Indonesia masih belum dapat menghubungi Rian untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana penyanyi berkenaan tidak memberi respons. 

Untuk info, ini bukan kali pertama Rian menghadapi tuduhan serius kerana pada 2021 mendiang pemuzik Denny Sakrie turut menuduh Rian melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya.

Rian pada waktu itu bertindak dengan melaporkan akaun tersebut kepada pihak berkuasa, namun perkembangan lanjut mengenai laporan itu masih belum diketahui.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain