suria

Ahmad Dhani umum tiada majlis sambut menantu anak kedua, akui ekonomi kurang baik

Dhani mengakui ekonomi kewangannya kurang baik.

KOMPOSER Ahmad Dhani memberi bayangan dia tidak akan mengadakan acara ngunduh mantu iaitu majlis menyambut menantu bagi perkahwinan anak keduanya, El Rumi. 

Berbeza dengan majlis perkahwinan anak sulungnya, Al Ghazali yang berlangsung meriah pada tahun lalu, Dhani menjelaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan keadaan ekonomi peribadinya yang kini kurang baik.

“Rasanya sekarang memang tiada ngunduh mantu. Ekonomi bapanya (merujuk kepada dirinya) sekarang kurang baik," katanya kepada media Indonesia. 

El Rumi (kiri) bakal bernikah dengan Syifa.

Kenyataan itu menimbulkan tanda tanya kerana Dhani kini juga menjawat jawatan sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia.

Namun, vokalis Dewa 19 itu menegaskan, beliau sedang mengamalkan langkah penjimatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi rahsia, Switzerland jadi saksi cinta El Rumi dan Syifa Hadju

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali sewa rumah sendiri lepas kahwin, Ahmad Dhani beri ruang ‘buat’ anak

"Sekarang ini saya melakukan penjimatan. Ekonomi sedang dalam keadaan tidak menentu," ujarnya. 

Pada Oktober tahun lalu, El Rumi melamar kekasihnya yang juga pelakon Syifa Hadju selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini mula mencuri perhatian media pada Julai 2025 ketika menghadiri majlis pernikahan Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid, namun mereka memilih untuk menjaga privasi mengenai hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain