suria

Ernie Zakri nampak ‘baby bump’, Syamel ‘lari’ ditanya soal anak

GARA-GARA perutnya kelihatan seperti ‘baby bump’ dalam sebuah video, penyanyi Ernie Zakri menjadi perhatian ramai apabila netizen mula mendakwa dia sedang hamil cahaya mata kedua.

Bagaimanapun, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, segera menafikan spekulasi tersebut dan menjelaskan dia tidak berbadan dua seperti diperkatakan netizen.

Menurutnya, perubahan pada bentuk tubuh itu hanyalah disebabkan pertambahan berat badan, sekali gus membuatkan ia kelihatan seperti sedang hamil.

“Sikit punya kurus macam ini pun mereka boleh cakap saya ada ‘baby bump’ tapi saya tidak menolak sekiranya ada rezeki anak kedua nanti.

“Memandangkan anak kami Nur Khawla atau lala sudah besar jadi apa salahnya untuk kami ada rezeki anak lagi. Minta semua doakan, semoga ada rezeki dalam masa terdekat.

“Cuma untuk perut saya 8ni memang tidak ya bukan ‘baby bump’ tapi ‘food bump’, saya belum lagi hamil,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi