DILIHAT tidak pernah mendekati mana-mana wanita, pelakon Jaa Suzuran mengambil langkah berhati-hati dalam mengenal hati budi seseorang selepas melalui pengalaman yang meninggalkan kesan mendalam.Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 32, berkata dia bukanlah terlalu memilih atau meletakkan kriteria tinggi dalam mencari pasangan, sebaliknya trauma lalu membuatkan dia takut untuk mendekati wanita. “Sebenarnya macam ini, individu yang saya suka dia tak suka saya. Manakala yang suka saya, saya pula tak suka. Macam itulah.Jaa tak letak kriteria tinggi dalam mencari pasangan.“Memang ada rasa takut. Sampai kadang-kadang bila kita jumpa orang yang kita suka, kita jadi takut nak cuba,” katanya kepada mStar.Jaa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Tiket Sehala yang berlangsung di Majestic Marine, Confetti, Kuala Lumpur pada petang Isnin.Berkongsi lanjut, Jaa berkata dia pernah ingin berkenalan dengan seorang wanita secara sopan, namun tidak menyangka tindakannya itu menjadi bahan jenaka di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaa Suzuran tenang dan sabar, terkejut abang dan kakak ipar terbabit kes dadah di ThailandARTIKEL BERKAITAN: Nak kahwin dengan adik perempuan seorang, tapi kena ‘pikat’ hati 7 abang… Zaki Azeman dan adik Jaa Suzuran selamat bertunangMenurutnya, wanita berkenaan bukanlah seorang selebriti, namun tindakan memuat naik tangkap layar perbualan mereka di Instagram Story benar-benar mengguris perasaannya.Tambah Jaa, insiden tersebut membuatkan dia berfikir panjang sebelum menegur atau cuba mendekati mana-mana wanita selepas itu.“Saya cuma mesej ‘Hai, Assalamualaikum’ saja. Ikhlas nak berkenalan. Tapi dia screenshot dan muat naik di Instagram Story dan cakap 'nak try lah itu'.“Kalau tak nak layan, tak perlu balas. Tak perlu screenshot,” luahnya.Jaa tak percaya wanita yang memulakan langkah dahulu.Dalam pada itu, mengulas tindakan adiknya iaitu Raa Suzuran yang mencari calon kakak ipar untuk dijodohkan dengannya menerusi platform Threads, Jaa menyifatkan perkara itu sekadar gurauan.Malah, dia sendiri tidak membuka ruangan komen untuk membaca reaksi netizen kerana enggan dijadikan bahan jenaka.“Saya sebenarnya tak buka pun ruang komen Threads itu. Saya baca dan ketawa-ketawa kemudian buat tak tahu. Saya tak nak baca orang-orang yang cuba nak bahan saya.“Bagi saya kebanyakan mereka hanya bergurau. Tak logik bagi saya kalau ada perempuan nak ‘offer’ diri macam itu. Ego perempuan biasanya tinggi. Mereka takkan jual diri begitu saja,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube