PENERBIT dan pengarah terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan drama terbaharunya berjudul Jangan Panggil Aku Gus mempunyai kaitan dengan pendakwah selebriti, Da'i Syed.Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 58, menegaskan drama itu tidak merujuk kepada mana-mana individu tertentu, apatah lagi isu peribadi yang belum terbukti kebenarannya. "Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da'i Syed) pun. Apa yang berlaku kepada dia (Da'i Syed) pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.Erma menyangkal dakwaan segelintir netizen yang membuat spekulasi sendiri."Jadi, saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya."Itulah maksud saya. Saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan," katanya.Mengulas mengenai idea penghasilan drama tersebut, Erma menjelaskan bahawa ia lahir daripada pemerhatian terhadap realiti kehidupan dan isu masyarakat masa kini, bukannya diinspirasikan daripada mana-mana individu tertentu.ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh buat filem mengarut, Erma Fatima bidas kenyataan netizen - “Jangan main petik sahaja”ARTIKEL BERKAITAN: Kembali duduk kerusi pengarah, Erma Fatima elak ‘muka baharu’... Tak cukup masa mahu beri latihanSelain itu, Erma turut meluahkan rasa syukur kerana projek tersebut berjaya menghimpunkan barisan pelakon dari Malaysia dan Indonesia, sekali gus mengeratkan kembali kerjasama seni antara dua negara serumpun itu."Alhamdulillah, drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia."Macam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih. Lama tak buat usahasama seperti ini," ujarnya. Jangan Panggil Aku Gus menampilkan bakat dari Malaysia dan Indonesia.Sebelum ini, netizen mendakwa karya terbaharu Erma itu diinspirasikan daripada kisah Da'i Syed yang kini berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.Jangan Panggil Aku Gus turut menampilkan gabungan pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia termasuklah Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah, Umie Aida dan Vanida Imran.Drama ini bakal disiarkan secara rasmi di aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube