PENDIDIKAN agama sejak kecil memang digalakkan, namun ibu bapa diingatkan supaya tidak tersilap keutamaan sehingga memberi tekanan melampau kepada anak-anak.Pendakwah bebas, Ustaz Izzhar Nazri menasihatkan agar ibu bapa memahami fasa perkembangan kanak-kanak serta mendahulukan perkara yang lebih utama dalam mendidik mereka. Menurut Ustaz Izzhar, usaha melatih anak berpuasa sejak kecil wajar dipuji kerana ia membantu membentuk disiplin sebelum tiba usia wajib.“Saya nak puji ibu bapa yang telah pun membuat latihan awal pada anak-anak untuk berpuasa sebelum menjadi kewajipan kepada mereka. Ustaz Izzhar menjelaskan solat perlu diutamakan sebelum puasa dalam mendidik anak-anak. "Soal ada atau tidak kiraan pahala untuk anak-anak ini? Insya-Allah, untuk setiap kebaikan walaupun belum akil baligh ada pahala untuk mereka,” katanya dalam Kalam mStar. Bagaimanapun jelasnya, dalam soal kewajipan, solat perlu diberikan keutamaan berbanding puasa.“Cuma saya nak pesan kepada ibu bapa termasuk saya, Nabi sebut tentang solat iaitu apabila anak berusia tujuh tahun kena ajar tentang solat. Nabi tak sebut puasa dan bila usia 10 tahun anak masih tak solat boleh tegur bahkan rotan dengan kasih sayang.“Paling penting untuk diutamakan dulu adalah solat. Jadi kalau anak tak larat nak berpuasa, jangan terlalu mendesak sebab belum menjadi kewajipan lagi tapi kita boleh galakkan mereka untuk utamakan puasaARTIKEL BERKAITAN: Sah ke solat kalau saf renggang? Ustazah Asma’ Harun jawab isu jemaah wanita ‘pilih tempat’, rupanya ramai salah faham!ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke haram kaum wanita ziarah kubur? Ini penjelasan mufti yang perlu difahami“Insya-Allah bila orang itu jaga solat, dia akan mudah untuk berpuasa,”’katanya. Tambah Ustaz Izzhar, zaman kanak-kanak adalah fasa bermain dan membesar, justeru ibu bapa tidak seharusnya terlalu menekan anak-anak dalam soal ibadah puasa sehingga memberi kesan negatif kepada emosi mereka."Dalam fasa umur kanak-kanak, sebenarnya ini adalah masa mereka bermain."Takut kalau kita tekan sangat, anak-anak jadi benci kepada puasa. Akhirnya ia jadi nightmare setiap kali masuk bab puasa."Biarkan mereka melalui zaman kanak-kanak dengan tenang dan bila sampai masa, barulah mereka berpuasa dengan penuh kewajipan dan ketaatan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube