PENYANYI Hafiz Suip tampil menjelaskan dakwaan dirinya cepat 'move on' selepas bercerai dan melangkah ke alam perkahwinan.Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, berkata isu sebenar bukanlah tentang dia cepat melupakan masa lalu, sebaliknya krisis rumah tangganya sudah lama berlaku namun tidak pernah dikongsi secara terbuka. "Sebenarnya bukan isu saya cepat move on. Benda (masalah rumah tangga) sudah lama berlaku cuma saya tidak bercerita. "Saya yang hadap semua ini. Bila orang tanya saya diam saja. Jadi tak timbullah isu saya cepat move on atau tidak," katanya kepada mStar. Hafiz kini menemui pasangan yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya. Dalam pada itu, Hafiz mendedahkan pada mulanya dia berasa takut untuk memberitahu anak-anak mengenai perkahwinan baharunya dengan Fiona Safiyya, namun terkejut apabila mereka dapat menerima dengan baik. "Perkara yang paling saya takut adalah hendak perkenalkan anak-anak kepada isteri baharu."Tetapi, Subhanallah. Ia suatu keajaiban. Hari pertama jumpa, mereka terus rapat macam satu geng, siap hendak tidur sama-sama. Hilang segala kerisauan saya. "Malah kali pertama saya bawa jumpa anak saya dengan anak-anak Fiona pun mereka macam dah kenal lama. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua tahun berkenalan, Hafiz Suip kongsi detik pertemuan dengan isteri... “Arwah ibu minta saya bernikah”ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip kembali bergelar suami"Masa kami pulang, anak saya tercari-cari adik-beradik tirinya," ujarnya. Sementara itu, Hafiz menekankan bahawa pengalaman hidupnya memberikan pengajaran berharga tentang pentingnya sistem sokongan dalam rumah tangga dan kehidupan."Paling penting saya belajar satu benda dalam kehidupan terutamanya rumah tangga perlu ada sistem sokongan daripada pasangan. Saya yang hadap semua ini. Bila orang tanya saya diam saja.HAFIZ SUIPPENYANYI"Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu tetapi saya ambil sebagai pengalaman terbaik. Saya ambil pengajaran untuk menjadi lebih baik. "Selepas ini insya-Allah saya akan fokus kepada kerjaya seni. Saya perlukan orang yang memberikan sokongan dalam industri. Tambah pula Fiona pun tahu selok belok industri kita," katanya. Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching. Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.Hafiz (kiri) dan Fiona bernikah pada 13 Februari lalu.Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.Fiona yang berbangsa Bidayuh pula sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Fiona bagaimanapun berpisah dengan jejaka tersebut kira-kira lima tahun laluJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube