suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ebby Yus terkilan tak dapat tunai solat Tarawih, terpaksa jalani dialisis lapan jam setiap malam

EPISOD terbaharu #Bizibody menyaksikan mStar berpeluang melawat kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ebby Yus bagi menyelami rutin hariannya sepanjang bulan Ramadan.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 61, berkata, Ramadan tahun ini membawa kelainan buat dirinya apabila pergerakan menjadi lebih terbatas susulan masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.

Menurut Ebby, dalam keadaan sekarang, waktu sahur dan berbuka perlu diberi perhatian khusus dan dia mengakui wajib menikmati nasi berlauk bagi memastikan tubuhnya mendapat tenaga mencukupi.

Dalam pada itu, Ebby turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menunaikan solat Tarawih seperti Ramadan sebelum ini.

Jelasnya, dia perlu menjalani prosedur dialisis selama lapan jam selepas solat Isyak, sekali gus membataskan pergerakannya untuk ke masjid.

Bagaimanapun, Ebby tetap bersyukur dengan setiap dugaan yang dilalui dan tidak pernah putus harapan untuk kembali sihat.

Saksikan pelbagai lagi perkongsian menarik daripada Ebby menerusi segmen #Bizibody hanya di mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi