suria

Kak KM tak ikut trend ‘founder’ buat lagu raya, siap tolak tawaran komposer Indonesia... “Hidup saya bukan nak bertanding siapa suara lagi sedap”

USAHAWAN sensasi, Liana Rosli terpaksa menolak tawaran daripada seorang komposer dari Indonesia yang ingin menghasilkan lagu raya khas untuknya pada tahun ini.

Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, 45, karya yang ditawarkan itu tidak menepati cita rasanya walaupun sudah beberapa kali didengari.

“Memang ada komposer dari Bandung menghubungi saya untuk buat lagu raya. Tapi bila saya dengar, macam tak sedap sangat di telinga saya, jadi sebab itu saya tak ambil.

“Dia ada juga minta saya dengar sekali lagi, tapi saya dah dengar sampai empat kali dan masih rasa lagu itu tak masuk dalam jiwa,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Kak KM menegaskan dia tidak berasa tertekan untuk mengikut trend usahawan atau pempengaruh lain yang berlumba-lumba menghasilkan lagu raya setiap kali menjelang Aidilfitri.

Kata Kak KM, dia sudah mempunyai perancangan tersendiri sepanjang Ramadan dan lebih selesa menumpukan masa bersama keluarga.

“Tiada pun. Hidup saya bukan nak bertanding siapa lebih laju atau siapa suara lagi sedap.

“Saya pun dah susun jadual sendiri. Dua minggu pertama Ramadan saya nak sahur dan berbuka di rumah sahaja. Lepas dua minggu itu saya akan mula sibuk berniaga.

“Tapi kalau ada lagu yang betul-betul kena dengan jiwa, kenapa tidak? Saya okay sahaja sebab saya pun boleh menyanyi,” selorohnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi