suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zack Kacamata larang penyanyi BBNU ubah lagu ‘Bintang’, risau rosak lagu ciptaannya

PENYANYI Zack Kacamata memberi amaran kepada mana-mana penyanyi yang berminat menyanyikan semula lagu ciptaanya berjudul Bintang untuk tidak mengubah lirik dan konsep asal lagu tersebut.

Zack atau nama sebenarnya, Zulkifli Saadan, 48, berkata dia khuatir sekiranya perubahan dibuat akan merosakkan keasilan lagu tersebut. 

“Lagu Bintang ini sudah ada tiga versi. Ketika menghasilkan lagu ini saya umpama dapat satu ilham, tapi sehingga sekarang tak tahu lagu ini nak ditujukan kepada siapa. 

“Tidak dinafikan memang ramai yang menyanyikan semula lagu ini dengan macam-macam versi. Ada versi Indonesia, Korea dan Jepun, tapi saya nak tegaskan jangan ubah lirik dan melodi asal lagu ini.

“Lagu Bintang ini ada seni tersendiri. Saya bimbang kalau tukar akan hilang kesenian lagu ini. Kalau nak alih bahasa saya okay, cuma jangan ubah melodi lagu itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi