suria

“Budak ini saya tidak tahu siapa dan tak kenal asal usulnya” - Erma Fatima

Erma bukan nak bela adiknya, Betty dalam isu berkenaan.

SELEPAS adiknya didakwa bersikap biadab semasa urusan jual beli di sebuah karnival di Singapura baru-baru ini, pengarah Erma Fatima tampil bersuara dan mempertahankan Betty Rahmad. 

Kata Erma, 58, tuduhan mengatakan Betty bersikap kasar terhadap seorang pekerja gerai adalah tidak berasas. 

“Saya ada mesej Betty dan beritahu dia sudah terkenal sekarang. Kemudian Betty pun bingung sebab tidak tahu apa salahnya. 

Erma anggap tak logik mengenai tindakan adiknya.

“Bagi saya, dia (Betty) mungkin tak waras jika lakukan begitu. Untuk pergi ke booth orang dan jerit, macam tak masuk akal. 

 “Bukan sebab dia adik saya, tapi rasanya tak logik. Apatah lagi isu ini dibesarkan seolah-olah satu dosa besar, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Benda ini macam tak kena sangat,” katanya kepada mStar. 

Erma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang diadakan di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima nafi drama Jangan Panggil Aku Gus ada kaitan dengan Da'i Syed

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun berehat, Erma Fatima kembali duduk kerusi pengarah... "Saja suka-suka, lepas gian"

Ketika diminta mengulas mengenai namanya turut terpalit sama kerana bersikap biadab, Erma enggan memberikan komen lanjut. 

Kata Erma, dia tidak berniat untuk memberikan respons memandangkan individu berkenaan tidak setaraf dengannya. 

“Saya tak mahu beri komen apa-apa sebab  budak ini saya tidak tahu siapa dan tak kenal asal usulnya.

“Ada yang minta saya saman, tapi bagi saya tak berbaloi. Jadi pendapat saya, dia bukan setaraf untuk saya bercakap fasal dia. 

Usahawan dakwa Betty bersikap biadap.

“Maaf bunyi macam kurang ajar tapi dia yang patut belajar beradab,” ujarnya.

Sebelum ini, tular video memperlihatkan individu mendakwa seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab dengan pekerjanya di booth di sebuah acara festival. 

Menerusi satu hantaran di TikTok, individu itu mendakwa pelakon berkenaan meninggikan suara ke arah pekerjanya ketika sibuk melayan pelanggan lain. 

Betty menerusi siaran langsung di TikTok menafikan dirinya bersikap biadab seperti yang didakwa namun tetap memohon maaf kepada pekerja booth berkenaan sekiranya ada terguris hati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain