DITUDUH masih tidak boleh melupakan bekas isterinya, Nora Danish, usahawan Nedim Nazri tampil membela dirinya.Nedim berkata, tindakannya mempertahankan aktres itu atas dasar tanggungjawab sebagai lelaki yang pernah bergelar suami kepada Nora. "Kepada bebal kata saya buat fasal saya tak boleh lupakan bekas isteri, itu tak betul. Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham ? Lelaki yang pernah berkahwin dengannya!," katanya menerusi satu hantaran di Threads.Nedim akan sentiasa pertahankan Nora.Tambah Nedim, dia hanya akan berhenti mempertahankan wanita itu sekiranya Nora sudah berkahwin dengan lelaki lain."Tapi kalau dia dah berkahwin saya akan stop! Fasal itu dah melanggar urusan peribadi dia," luahnya.Menurutnya sebagai lelaki yang pernah berkahwin dengan Nora, dia bertanggungjawab untuk melindunginya daripada kata-kata negatif netizen.ARTIKEL BERKAITAN: "Dia sedang berubah menjadi lebih baik" - Nedim Nazri pesan jangan cari salah Nora DanishARTIKEL BERKAITAN: [V] Hormati privasi bekas suami, Nora Danish pilih berdiam... “Hubungan kami baik sahaja”Malah dia tidak sanggup melihat netizen terus mencari salah Nora memandangkan aktres berkenaan sedang berusaha menjadi lebih baik."Sebenarnya saya bukan baik sangat pun tapi saya tak boleh blah orang kecam bekas isteri saya. Kalau tak percaya tanyalah dia, dia kenal saya, jadi betul, saya akan lindungi dia habisan," ujarnya.Sebelum ini, Nedim bertindak mempertahankan Nora selepas menerima pelbagai respons negatif berhubung komen yang ditinggalkan aktres tersebut di Threads.Nedim menerusi satu hantaran berbeza meluahkan rasa hairan apabila kebanyakan perniagaan dilihat tidak begitu rancak sepanjang bulan Ramadan. Nora dan Nedim berpisah pada Jun 2024.Nora kemudian memberi jawapan mengingatkan agar lebih memberi fokus kepada ibadah. Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lekaki, Mohamed Neqayl. Selepas tujuh tahun hidup bersama, pasangan itu nekad membawa haluan masing-masing apabila bercerai dengan talak satu pada 19 Jun 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube