PELAKON Sharifah Amani sanggup membawa anaknya, Ahmed Mohsein yang baru berusia dua tahun ke lokasi penggambaran kerana sukar untuk berjauhan dalam tempoh lama.Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al Yahya, 40, berkata, selepas memiliki zuriat dia lebih memahami perasaan ibu dan adik-beradiknya yang berdepan dilema sama apabila terpaksa meninggalkan anak demi tuntutan kerja. “Selepas memiliki anak, saya tak nafikan memang susah untuk berjauhan lama dengan Mohsein. Sekarang saya lebih memahami kebimbangan yang selama ini diceritakan ibu serta adik-beradik mengenai dilema mereka apabila mahu tinggalkan anak.Anak menjadi keutamaan Amani.“Begitu sukar dan sangat berat. Itu yang saya rasa jika mahu keluar bekerja dan terpaksa meninggalkan Mohsein dengan pembantu.“Walaupun hanya tinggalkan dia sekejap, saya tetap selalu periksa kamera litar tertutup (CCTV),” katanya kepada mStar.Menurut Amani, dia bersyukur kerana mempunyai pembantu yang sudah lama berkhidmat bersama keluarganya.“Pembantu itu sudah lama bersama keluarga kami. Sejak usia saya 20 tahun, dia sudah berkhidmat dengan mama dan kemudian adik-beradik yang lain. Kami bergilir-gilir meminta bantuannya. ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘La Luna’ wakil Singapura ke Oscar, Sharifah Amani anggap rezeki tak disangka-sangkaARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani selamat bersalin bayi lelaki, pilih nama Ahmed Mohsein“Sekarang pembantu ini menetap dengan saya. Tapi sebab kita tidak pernah jadi ibu dan ini pengalaman pertama, jadi perasaannya lain macam. Saya tak pernah rasa cinta yang sehebat cinta kepada anak,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Amani yang tampil dengan telefilem berjudul Fantasi Fiksi mengakui kini lebih selektif dalam memilih watak yang ingin dilakonkan.Selain meneliti jalan cerita, dia juga mengambil kira barisan produksi dan pelakon yang terlibat sebelum menerima sesuatu tawaran.“Saya juga menulis skrip dan pernah mengarah. Karier seni sudah sebati dengan jiwa saya dan tidak boleh tinggal begitu sahaja," katanya. Barisan pelakon Fantasi Fiksi iaitu Nora, Amani, Liayan dan Iedil.Bercerita mengenai penglibatannya dalam Fantasi Fiksi, Amani berkata dia tidak berfikir panjang untuk bersetuju dalam projek itu kerana kerana diarahkan oleh rakan baiknya, Tam Suhaimi.Malah, kehadiran barisan pelakon seperti Liyana Jasmay, Iedil Dzuhrie dan Nora Danish turut menguatkan lagi keputusannya untuk terlibat dalam naskhah berkenaan.“Pengalaman bekerja dengan semua barisan pelakon memang seronok. Kami mudah mencipta keserasian,” katanya.Fantasi Fiksi sudah ditayangkan menerusi platform penstriman UTV. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube