SEBAGAI langkah untuk terus melindungi hak cipta muzik tempatan, Music Authors' Copyright Protection (MACP) tegas dalam pendirian pihak mereka tidak akan memberi bayaran royalti untuk karya hasil daripada Kecerdasan Buatan atau AI. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MACP turut secara rasmi memperkenalkan Garis Panduan Mengenai Kecerdasan Buatan (AI) sebagai langkah proaktif untuk melindungi serta memperjuangkan hak dan kepentingan pencipta muzik tempatan. "MACP menegaskan bahawa hak cipta merupakan hak eksklusif yang terhasil daripada daya kreatif dan sentuhan manusia. Kenyataan media daripada MACP. "Garis panduan baharu ini menetapkan bahawa hanya karya asli yang dihasilkan sepenuhnya oleh pencipta manusia layak didaftarkan dengan MACP dan menerima pembayaran royalti," jelas kenyataan berkenaan. Pihak mereka dalam masa sama memberitahu mana-mana pihak ingin mengaplikasikan teknik AI dalam penghasilan lagu harus mendapat persetujuan secara bertulis. Sebarang bentuk pencerobohan hak cipta merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. ARTIKEL BERKAITAN:Cinta Tersimpul Rapi versi AI diturunkan, Jane In Heaven akur isu hak cipta ARTIKEL BERKAITAN:Lesen MACP sudah memadai, konsert 4U2C sah diteruskan tanpa izin pengeluar "Mana-mana pihak ketiga termasuk syarikat Al yang ingin menggunakan repertoir MACP untuk latihan Al atau penjanaan kandungan, mesti memperoleh persetujuan bertulis terlebih dahulu dan memasuki perjanjian lesen dengan MACP. "Penggunaan tanpa kebenaran karya MACP dalam pembangunan atau output Al adalah dianggap sebagai pencerobohan hak cipta dan akan tertakluk kepada tindakan undang-undang," ujarnya. Dalam masa sama MACP turut menyambut baik usaha penggubalan Rang Undang-Undang Tadbir Urus AI dan akan terus bertanggungjawab memastikan perlindungan terhadap pencipta tempatan. MACPmemperkenalkan Garis Panduan Mengenai Kecerdasan Buatan (AI). Secara keseluruhan garis panduan yang dibuat juga merupakan satu langkag menjaga ekosistem karya tempatan agar tidak tidak isy berbangkit antara pencipta dan pemilik lagu. "Langkah ini bertujuan memastikan ekosistem muzik tempatan kekal dilindungi di bawah kerangka undang-undang sedia ada, dalam landskap teknologi Al yang berkembang pesat dan berpotensi menimbulkan cabaran baharu berkaitan hak cipta, pemilikan, serta pampasan yang adil dan setara bagi pencipta muzik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube