suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat berniaga jalan pintas senang? Wanita ini beri peringatan ‘pedas’ untuk kaki sembang nak berhenti kerja buat bisnes

Berniaga di tepi jalan bukanlah tugasan mudah. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang menganggap bidang perniagaan sebagai jalan pintas terbaik untuk keluar daripada tekanan dunia pekerjaan.

Namun realitinya dunia perniagaan menuntut pengorbanan masa, tenaga dan modal yang berterusan.

Susulan itu, seorang wanita yang berniaga sambilan menitipkan pesanan dan nasihat 'makan dalam' kepada golongan pekerja yang sering meluahkan hasrat untuk melepaskan jawatan semata-mata mahu berbisnes.

Baginya, mereka yang tiada perancangan rapi dan sumber kewangan yang mencukupi, berkemungkinan menghadapi masalah besar apabila meninggalkan pekerjaan tetap.

Mereka yang berniaga perlu memiliki jiwa kental dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran mendatang. -Gambar hiasan AI

Mereka yang berniaga perlu memiliki jiwa kental dan bersedia menghadapi apa sahaja cabaran mendatang. -Gambar hiasan AI

"Kau nak resign dan berniaga? Lupakan je kalau kau tak ada back-up plan. Aku yang part-time berniaga pun rasa macam nak mati," ujarnya berkongsi pandangan mengenai bisnes di Thread.

Tidak hanya itu, dia turut menyatakan mereka yang terlibat dalam industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) cenderung tidak mempunyai masa luang untuk diri sendiri.

Berkongsi situasi penat yang dilaluinya sendiri setiap hari, dia mengakui seolah-olah sudah tidak mempunyai 'kehidupan' normal kerana masanya habis dikorbankan di dapur bagi menghasilkan barang jualan.

"Tak ada life, pagi petang memasak... belum beli barang-barang niaga lagi," luahnya lagi.

  • Peniaga sambilan nasihat jangan berhenti kerja tanpa pelan sandaran.
  • Akui berniaga bukan mudah, malah sangat memenatkan.
  • Dakwa tiada masa untuk diri sendiri kerana sibuk menguruskan bisnes.
  • Ingatkan orang ramai supaya teliti pilih jenis perniagaan.
  • Netizen setuju berniaga perlukan modal, mental dan ketahanan yang kuat.

Bagaimanapun, dia mencadangkan supaya mereka yang ingin memulakan bisnes dapat menilai jenis perniagaan yang ingin diceburi kerana persaingan dalam sesetengah sektor semakin sengit.

Pada masa sama dia turut memberi contoh mengenai perniagaan makanan yang dijalankan di khemah atau gerai tepi jalan.

"Kalau buka khemah di tepi jalan, tak usahlah... sebab dah ramai peniaga. Memang letih sangat nak bertahan dalam keadaan sekarang," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri nekad berhenti kerja nurse dan buka bisnes, dah maju sikit terus beli X70 untuk suami nak tebus rasa bersalah sebab percayakan scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah”

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan persediaan mental serta kewangan sebelum membuat keputusan meninggalkan pekerjaan tetap.

"Saya yang berniaga sepenuh masa, sampai sekarang tak ada gaji sendiri dan tengah mencari kerja balik.

"Orang nampak macam senang tapi cuba duduk tempat aku, pergi pagi tapi balik malam kemudian beli barang untuk prepare masak pula," demikian reaksi netizen daripada golongan peniaga.

Artikel Lain