LAGU Cinta Tersimpul Rapi versi 'groovy pop' yang dimuat naik di platform muzik milik individu dikenali sebagai Jane In Heaven terpaksa diturunkan susulan isu hak cipta.Menerusi hantaran di TikTok Story, Jane menjelaskan tujuan asal penghasilan versi tersebut adalah untuk bereksperimen menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), selain memberi nafas baharu kepada lagu-lagu lama dengan pendekatan berbeza. Namun begitu, selepas menerima teguran, dia mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan yang berlaku dan akur dengan tindakan yang diambil.Perkongsian Jane di TikTok miliknya."Hai, ada sedikit berita untuk disampaikan. Lagu Cinta Tersimpul Rapi versi groovy pop ini bakal diturunkan dari platform YouTube janeinheaven atas isu copyright. "Saya akur dengan situasi ini dan akui salah silap daripada pihak saya. Niat asal hanyalah sekadar bereksperimentasi dengan AI dan menggembalikan lagu-lagu lama dengan penyampaian berbeza. "Namun saya akur niat tidak menghalalkan cara dan saya akan terus menyokong industri muzik tanah air," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Anis Suraya enggan kembali ke dunia seni, impian peminat lihat sertai Gegar Vaganza tidak akan berlakuARTIKEL BERKAITAN: Aznil Nawawi bimbang generasi muda terbuai dengan teknologi... “Tidak mustahil anak-anak tak lagi menangis kehilangan ibu bapa kerana lebih ‘attached’ dengan AI”Dalam pada itu, Jane turut meluahkan rasa terharu serta menzahirkan penghargaan atas sokongan luar biasa yang diterima daripada orang ramai.Menurutnya, platform tersebut sekadar ruang kecil untuk berkongsi minat dan kreativiti."Segala sokongan dan penerimaan daripada kalian (pendengar) dan orang ramai sebenarnya di luar jangkaan saya. "Platform tersebut hanyalah ruang kecil untuk saya berkongsi rasa. Lagu Cinta Tersimpul Rapi dipopularkan oleh Anis."Saya sangat menghargai sokongan anda semua, saya mohon maaf sekali lagi atas salah dan silap daripada pihak janeinheaven. Terima kasih," ujarnya. Terdahulu, Cinta Tersimpul Rapi merupakan lagu ciptaan komposer Dr Azmeer dengan lirik oleh Lukhman S yang dilancarkan pada tahun 1999. Versi AI yang dimuat naik pada Disember tahun lalu itu berjaya meraih jutaan tontonan di YouTube sebelum diturunkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube