LEBIH dua dekad bergelar anak seni, pelakon Zarynn Min tidak menyangka kehadirannya masih disedari dan menerima pujian daripada penonton. Zarynn, 45, berkata, dia terharu apabila menerima komen positif terutama daripada golongan muda, meskipun menyedari ramai pelakon baharu kini menghiasi industri seni. “Walaupun saya ini dah warga emas, warga purba orang kata, daripada kecil korang tengok kan. Tapi bila dapat komen macam itu saya terharu.Hargai pujian golongan muda.“Terutama kalau pujian datang daripada golongan muda, saya sangat hargai. Bukan nak mendabik dada, lebih kepada rasa syukur.“Bukan senang nak bertahan dalam era yang susah ini, dengan banyak muka baharu yang muncul,” katanya kepada mStar.Zarynn berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan dan sidang media filem Amira Amir yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, pada petang Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Proses Bercerai Lebih Mahal Dari Proses Berkahwin - Zaryn MinARTIKEL BERKAITAN: ‘Aalia’ Guna Konsep Drama IndonesiaBagaimanapun, Zarynn mengakui sedikit bimbang dengan penggunaan perkataan ‘bersepah’ yang dikaitkan dengan kehadirannya dalam pelbagai drama.Menurut Zarynn, istilah tersebut mungkin memberi persepsi negatif sehingga menjejaskan peluangnya untuk terus berkarya.“Kalau saya berpegang pada perkataan ‘bersepah’ itu, saya risau juga. Takut orang anggap saya overused. Saya harap perkara itu tak beri kesan kepada mereka yang memilih pelakonZARYNN MINPELAKON“Nanti kalau ada projek baharu dan orang nak cadangkan nama saya, pihak stesen televisyen tak nak ambil sebab alasan overused. Itu yang saya risau.“Tapi tak apalah, saya doa banyak-banyak semoga perkara itu tak jadi. Harap pihak stesen televisyen faham,” ujarnya.Sementara itu, Zarynn percaya istilah ‘bersepah’ yang digunakan individu berkenaan hanyalah sekadar bahasa slanga dan ia tidak menjejaskan emosinya sama sekali.Tak ambil hati dianggap bersepah oleh penonton.“Secara peribadi tak adalah terasa. Itu ayat slang saja. Cuma saya takut impaknya pada pihak stesen TV yang mungkin anggap saya terlalu kerap muncul.“Sedangkan ada projek yang dah lama, cuma ulang tayang. Saya harap perkara itu tak beri kesan kepada mereka yang memilih pelakon,” jelasnya.Terdahulu, tular satu hantaran individu yang mempersoalkan kehadiran seorang aktres yang didakwa muncul dalam pelbagai drama televisyen.Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertahankan Zarynn dan menyifatkannya sebagai pelakon berbakat dengan mutu lakonan yang konsisten.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube