suria

Yusuf Bahrin jawab spekulasi rumah tangga dengan Zizi Kirana bergolak... “Saya minta doakan yang baik-baik saja”

Yusuf (kiri) menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bergolak.

PELAKON Yusuf Bahrin tampil menjawab spekulasi mendakwa rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana sedang bergolak.

Menafikan dakwaan tersebut, Yusof atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dalam masa sama tidak pasti punca sebenar perkahwinan mereka dikatakan bermasalah. 

"Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okay (hubungan). Semua dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah. 

"Saya pun tak faham kenapa spekulasi (konflik rumah tangga) itu timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama di media sosial.

Yusuf lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi di media sosial.

"Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okay, dia (Zizi) okay tak ada masalah," katanya kepada mStar. 

Yusuf berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu. 

Pelakon ini juga memberitahu dia dan Zizi sama-sama bersetuju untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga di sosial media. 

"Kami memang sengaja tidak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ini. Masing-masing fokus pada kerja. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kejutannya saya balik” - Zizi Kirana tak mahu heboh kisah rumah tangga bersama Yusuf Bahrin

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin siapkan kejutan istimewa buat Zizi Kirana di rumah

"Saya lebih selesa begini. Awal-awal dulu bila timbul gosip macam ini kita terkejut juga tetapi lama-lama sudah terbiasa dan tidak menjadi masalah untuk saya. 

"Biarlah orang nak buat spekulasi sendiri. Apa yang penting saya okay tak perlu risau," ujarnya. 

Yusuf bagaimanapun memberitahu dia menghargai keprihatinan orang ramai yang sentiasa mengambil berat tentang kisah mereka. 

Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okay . Semua dalam keadaan yang baik,  Alhamdulillah. 

YUSUF BAHRIN

PELAKON

Pelakon drama Seindah Hujan Cinta ini memohon peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dia dan isteri. 

"Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami. Jadi sebab itu mereka ambil berat. 

"Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya minta doakan yang baik-baik saja. 

Hubungan Yusuf (kiri) dan Zizi berada dalam keadaan baik.

"Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing. Tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang. Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan," luahnya. 

Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing. 

Pun begitu, Zizi berkata hubungan rumah tangga adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan tidak perlu dijadikan tatapan umum. 

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain