PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana kini lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi termasuk urusan rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, berkata hubungan rumah tangga adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan tidak perlu dijadikan tatapan umum.
Bagaimanapun Zizi tidak menolak setiap hubungan pasti ada pasang surut.

Zizi anggap setiap rumah tangga ada ujian.
“Saya memang tak nak berikan penjelasan apa-apa mengenai rumah tangga saya sebab saya rasa benda itu tak penting untuk diketahui ramai.
“Saya tak cakap saya bahagia sebab kalian pun tahu, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Jadi apa yang penting, kita jaga saja privasi kita.
“Saya memang seorang yang menjaga hal peribadi. Saya tak mahu orang ambil tahu fasal rumah tangga saya,” katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin siapkan kejutan istimewa buat Zizi Kirana di rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin saling 'unfollow' di Instagram, status galau cetus tanda tanya
Ketika ditanya mengenai kejutan yang dikatakan disediakan oleh Yusuf sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini, Zizi terlihat seakan-akan tersenyum sebelum memberikan jawapan ringkas.
“Tiada, kejutannya saya balik. Itu saja,” ujarnya bersahaja.
Terdahulu, Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 33, mengakui ada menyiapkan kejutan istimewa buat isterinya yang pulang dari misi kemanusiaan itu.

Yusuf sebelum ini kongsi kejutan meyambut kepulangan Zizi.
“Alhamdulillah, saya dah jumpa dengan Zizi. Saya cakap dengan dia tunggu dekat rumah, ada kejutan untuk dia. Insya-Allah ada kejutan untuk dia tapi saya tidak dapat nak beritahu apa kejutannya," katanya.
Pada Julai lalu, rumah tangga Zizi dan Yusuf menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


